RSS Feed

terkejut sahaja!!!??

Posted by Unknown


Berikut adalah salah satu berita terkini dari web HaluanPALESTIN mengenai saudara seISLAM kita yg berjuang tanpa membawa senjata menuju ke Gaza..untk memberi bantuan kepada saudara2 kita disana..apakah nasib mereka di sana? adakah anda tahu tntg ini? jika tidak tahu...sila ambil tahu jika anda juga mengaku dn bersama ISLAM...

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.

“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.

PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)


jadi... adakah reaksi anda juga terkejut?? jgn jadi seperti mereka.. hanya t
erkejut dn bahkan berpura-pura terkejut... tidakkh ia bagaikan sebuah kepelikan bila amerika si sekutu terkuat israel jahannam itu boleh bereaksi terkejut... mmg sudah menjadi sesuatu yg termaktub dn tidak perlu diberi penjelasan lagi, wlupn sy tidak bynk mengetahui tntg konspirasi2 ciptaan mereka, tp sy harap anda jg tahu, yg kita seharusnya bangun dr tidur,lakukanlah sesuatu biar pn kecil untk menggalas beban dlm pembelaan ISLAM.. jika anda tidak buta..maka anda akan melihat...melihat dgn mata hati.. tp jika anda tidak dpt melihat...maka bersegeralah mencari jalan pulang sebelum hati itu ditutup serapat-rapatnya..nauzubillah..

tolonglah... lakukan sesuatu...
berdoalah...untuk mereka... yg berjuang dlm jalan ini...dn berdoalah... untk semua umat ISLAM... agar bangkit! tidak dipijak2 musuh ALLAH lg.

dunia felting

Posted by Unknown

ibu menjadi punca tragedi ini...mengapa sy boleh terlibat dalam benda tidak berfaedah ini.. penat jari2 yg membrowsing* dan berjalan2 dalam alam maya..sy terjumpa produk yg menarik sedikit perhatian. lalu perhatian itu menjadi tumpuan.. yeah! bidang felting ini menjadi sgt menarik di mata sy. apakah itu felting? hah....cari sendiri.... silap2 anda pn insyaAllah menjadi kipasmatinya!XD

sy pun memberanikan diri untuk menempah barang2ny... nafsuku tidak boleh ditahan lagi!-->tp nafsu ini membawa kpd kebaikan, tak salahkn??=P 1000juta terima kasih kpd Sus n d Felt products dn khAINIza's little shoppe yg menyediakan barang ni untuk dibeli oleh sy...sy bantu kamu...jg membantu sy=) dgn bermodaln RM***.**

seronok jg membuat2 barang2 felting ni... idea2 akn dtg dikala waktu boring, dikala malam hari,kadang dikala bermandisiram2.. kalau anda seorg yg bertarbiyah..boleh juge dimanipulasi untk dakwah! asalkn ade otak yg kreatif yg boleh dgunakan untuk berfikir dn semgt inkuiri yg tinggi... kalau malas....tidak tahu perkataan ap lg yg boleh dklasifikasikn buat sesiapa yg begitu.

yg sy tahu...ia seronok!

ni adlh contoh2 yg anda boleh lihat hny dblog sy..dn blog2 yg terpilih.XD

pelayaran memberi bantuan oleh mereka2 yg sedar ke gaza telah memberi inspirasi pad sy... alamak, kapal sudah tinggalkn sy! lalu sy membuat design bertemakan palestine ini sebagai sokongn sy yg sudah ketinggalan dlm membantu saudara2 kt dsana.. kalau anda mahu design sprti ini,dn banyak2 lg design, bolehlah berhubung sama saya..

p/s: lencana iium pn ada...terbalik tu..hihi.. yg MU tu ats pmintaan adik yg nk jual pade kawanny..nak?

banyak lg yg boleh kt design..macam2 benda pun boleh dibuat..terserah pada kreativiti anda...kalau mahu kongsi2, boleh kongsi sama saya!

belum sampai pn lagi barang2ny...tool box dah ade..wahhh...punye semangat.. kalau tgk sekali padang...mmg macam nk merompak rumah org...xpun nk betulkn tandas... tp bile buke... rupeny alahai......

jom2 lihat ape yg ade!

-kain felt
-benang kalerkali
-gunting
-gam Uhuu
-air erasable pen
-jarum2
-keychain
-hP strap
-cute2 buttons
-paterns
macam2 lagi ade... yg ni baru starting....alhmdulillah...bolehlh nk mule sikit2... jadi..kalau anda berminat nk tempah... boleh contact sy... =) falyatafadhal masykuraa...

gambar2 lg akn d update dr mase ke semase....

happy crafting!

@;--


kerana hatimu begitu beharga..

Posted by Unknown

masih bengang mengingatkan kembali kerenah adik sy pagi tadi yg buat2 tidur masa dikejutkan untk pergi ke sekolah... haisy... budak ni buat hal lagi.. bila cakap xmendngar, lalu ibu naik ke atas memujuknya macam beby,, bila ditanya kenapa xmahu pergi sekolah?? lalu dgn nangis2 dia menjawab..penat...sakit kaki..sakit tu sakit ni... hanya alasan yg dicipta2.. lalu syaitan berbisik dhati.. aku dulu besar mcm die, xngade2 pn nk buat prangai mcm ni...ni la budak zaman sekarang...manja3! senang saje jawapannya, kerana masa itu sy seronok pergi sekolah... sekolahku, shurga ku...yeah! tapi viseversa keadaan adik, yg hatinya tidak hadir untuk berasa sekolah itu adalah sesuatu yg mem'best'kan kehidupan..

teringat lg peristiwa bersama seorg kawan, dia tidak solat, dn tidak ambil kisah dgn kewajipan bersolat.... dia juga seorg islam seperti sy, memakai jilbab,, tp sy lebih hensem drnya...XD namun sgt sayang sekali, beliau mempunyai skill berdebat dlm hal2 agama yg terbaik.. tp kerana hatinya belum punya hidayah... apabila di tanya, mengapa anda tidak solat, sedangkn anda tahu, solat itu wajib..bla...bla..bla..lalu beliau menjawab... buat ape sy solat, kalau hati sy kotor?? sy ni org tak baik...sy jahat, hati sy kotor...

lantas...jawapan apakah yg terlintas dfikiran anda??

pergi ke situasi yg ketiga...

terkenang kembali..peristiwa selepas habis usrah d masjid malam itu, sifu nasser (yg populer d seantero iium itu)telah mengadakan satu conversation tertutup bersempena kelas Comparison Religion...wahh.. apakah dia?? satu sesi soal jawab terhebat yg pernah sy lihat secara live didepan mata, antara kami...MUSLIM...dan PENGANUT AGAMA LAIN... p/s: mereka cukup tidak minat jk kita menggelar mereka sebagai NON-MUSLIM/BUKAN ISLAM kerana.... sama istilahnya jika sy memanggil anda dengan NON-HINDU/NON-CRISTIAN/NON-BUDDHA...xD apakah perasaan anda?

berbalik kpd cerita...

dlm majlis itu terdapat dalam 7 org PENGANUT AGAMA LAIN atau lebih mesra di panggil mereka yg BELUM ISLAM.. ada yg Budhha, kristian, yahudi, dan kristian katolik...
sesi ini sgt menarik sekali kerana kita dapat menyelami apakah sebenarnya yg mereka rasa dengan ISLAM...mngapa tdk ISLAM.. apa itu ISLAM, melayu dn ISLAM? dan mcm 2 lagi...rase mahu dilanjutkan sehigga jam 5 pagi..yeah!lagi menarik kerana pelajar2 yg hadir dpt mencunggkil skill ber'speaking' yg telah lama tertanam...

yg paling menimbulkan ketidakpuashatian sy sehingga ke tahun ini, hari ini, saat ini ialah...salah seorang drpd mereka yg menganut agama kristian, beliau menerangkan pada mulanya dia sgt menghormati ISLAM.. dan sedang mempelajari ISLAM...dr kecil lg beliau sudah berada dlm lingkungan pengaruh org ISLAM melayu...dan sedikit sebanyak telah mengetahui cara hidup org ISLAM. namun apa yg menjadi persoalan??

beliau menyatakan, buat apa sy masuk ISLAM, kalau mase sy solat, sy fikirkn bende lain,<> buat apa sy solat kalau sy menyia-nyiakn apa yg sy buat... tunggang tunggik...tp otak sy fikirkn benda lain... HAH! mahu saja saya bangun dan ingin menerangkn kepadanya tentang apa itu khusyuk! dan khusyuk itu boleh dihadirkan!--> namun hanya mampu berkata2 dlm hati ats sebab2 yg tdk boleh dielakkan~??
bertubi2 dia menjawab rasa hatinya yg kurang puas kalau masuk ISLAM tp xdapat solat dgn khusyuk... ada dalam kalangan pelajr yg cuba menerangkn, namun...HIDAYAH itu belum diizinkan bermukim dalm hatinya...

bila balik..saya cuba fikirkan semula...anda juga...sy cukup tak puas hati....siang malam memikirkannya...makan xkenyang..tidur xlena..mandi tak basah...XD akhirnya...ilham dr Allah itu dtg juga..hurmmmm... disaat beliau meyatakn alasan yg kurg munasabh itu bg saya... ada sesuatu jenis keyakinan yg power dlm hati...sebenarnya,itu bukn alasan sebenar..mngapa dia tidak berminat untk masuk ISLAM..bukn tdk khusyuk dlm solat itu alasan terkuatnya...ada percanggahan rasa hati disitu... bg sy, dia mempunyai alasan lain yg lebih power, yg membuatkn dia tidak mahu bersama ISLAM. mungkin kerana dia seorang cina, ada faktor keluarga di situ..mgkin dia tidak suka perkaitan ISLAM dan melayu..hurmmm...sejak zaman nenek moyang lg...asal ISLAM je melayu...asal melayu je ISLAM.. tp siapa yg sudah melakukan anjakan paradigma.. ISLAM itu adlah cara hidup kita.. tak kisahlah..bangsa apa pun..ISLAM itu tetap sama...cuma yg merosakkan keindahannya...org2 seperti kita..perangai yg entah apa2..-->mcm pantun la pulak..

dan kesimpulnnya...dia kerana minatnya untk ISLAM itu tidak disertai HATINYA..
maka jadilah ia..tetap dlm kesesatannya...kita doakn moga2 ALLAH memberi hidayah pada lelaki itu..=)

kerana hati,, maka rasulullah bersabda tentang niat..kerana niat itu datangnya dr hati...

kerana hati,, tindak balas manusia akn d positifkn atau d negativekn..

kerana hati,, manusia akan dpertanggungjwbkn d hari qiamat..

kerana hati,, anda perlu berhati-hati!

kerana hatimu begitu beharga!


segala keSYUKURAN blog kini di buka..

Posted by Unknown

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


dengan lafaz kalimah Allah yg suci ini...

aku membuke blog, bermulalah tanggungjwb sebagai blogger yg mmg kene selalu mengupdate, mengisi data, menceriakan suasana, memberi yg bermanfaat dan segalanya akan bermula di sini=)