RSS Feed

autism@autisme : ketahuilah sebelum ada beby..

Posted by Unknown

pengalaman ak bekerja setelah sebuln di taska sgt2 membuahkan hasil. oh tidak. bukan hasil gajinya ya. tetapi tentang sesuatu yg takkan sy pelajari kalau tak kerja disini apatah lagi mahu mencari. sedangkan mendengar istilah2 sebegini amat jarang sekali. memang sgt2 memenatkan badan dan tidak ada mase lagi nk berlanding2 slpas solat subuh.. go! pagi2 lagi sudah pergi taska dan pulng bile matahari suda makin tidak nampak lagi.

dlm keadaan keterpaksaan utk menerima hakikat menjadi seorg beby sitter buknlah sstu yg mudah wlupn its sounds very alala.. setiap hari anda perlu berhempas pulas memahami karenah2 budak2 yg menunggang langgangkn kepala dn otak. nak susu.tuka pempers.'mencuci slps budk itu bertelur'.mnjadi heroin menyelamtkn situasi tarik menarik rmbut dn kejadian pukul memukul.. segala2nya memerlukan kekentalan sebuah hati. satu nanti pun kite sume insyaAllah akn merasai benda yg sama. baru tahu kau mcm manelah ibubapa kita dulu.. dengan tambahan perangai kita yg mengADA2..

sekian lama bekerja, ak mdapat tahu bhw majikan ku mempunya seorg anak yg menghidap penyakitautisme. lebih terkejut lagi ak jg menyedari slh seorg dr knk2 itu juga menghidap penyakit yg sama.. oh! baru teringt, ap yg mebuatkn ak utk berkongsi fakta ini adlh disebabkn majalah 3 yg menyiarkn liputan yg sama.. mane takny. sylah yg mnjadi reporternya..hoho..report kpd anda. siapa yg tengok..mmg ak tabik springgg! sebab ak gerenti... korang mst tengok konsert tirai AF9.. kan3? kalau tak diam2 saja.




-yelaa.. sonye apekah die autism itu?: sedikit fakta yg anda perlu tahu.. syndrom autism buknlah satu penyakit yg bole merebak2 seperti kutu dikepala atau bole dijangkiti seperti penyakit malas dn mengantuk. jika anda mahu tahu. syndrom ini adlh smulajadi dn berdiam di dalam diri kanak2 itu sejak dari lahir lagi. tetapi ia bole dikesan setelah kanak2 itu membesar sedikit dn anda lihatlah pada pelakuannya.. pelik2 tak mcm anda? itu amaran bahaya! 

autisme berasal dr berkataan greek 'autos' yg maksudny sendiri. ini adalh kata kuncinya! kanak2 yg mengalami syndrom ini mengalami disorder dlm perkembangn mental- tidk bermaksud gila ya disini. dn ini memberi kesan yg banyak kpd perkembangan komunikasi kanak2 tersebut. ia aldh gangguan psycology trhdp komunikasi, gerak tubuh badan, emosi, sentuhan dn sosialnya. 

you know what.. kanak2 ini akn cenderung utk bersendirian, dn tidak banyak bersosial kecuali dgn org2 yg rapat dgn mereka. mereka lambat dlm proses bercakap, bahkan anda akn dgr merka lbh banyak bunyi atau gerak dari bercakap perkataan yg betul dn boleh difahami. hoh! kebanyakannya pada usia kanak2, mereka akn menjadi sgt nakal dan hyper active, memang2! susah banget i mahu jage kanak2 tersebut. pengasuh2 lain pun kadang2 fed up jugak. paling degil diumpamakan hagemaru... ya ampun...





namun, masalah akn mulai timbul apabila kank2 ini meningkat dan membesar menjadi dewasa. jika tidak diberikn rawatan dn terapi dari pakar2 mahupun perhatian dr ibubapa sendiri, mereka akn terus berada dlm alam sendiri, bermain dn terus berlegar2 dlm dunia mereka tnpa hirau dgn kehidupan manusia lain. 

ape2pun, syndrome ini bukanlah menjadikn penghidap itu spastik, mereka tetap normal sperti manusia biasa, tiada wajah2 yg pelik dn abdomen2 yg kurang. kebolehan mereka juga tidak boleh dinafikan dlm pelbagai perkara namun jika ia sgt2 diberi didikan dn bimbingn dr org2 tersayang. bahkan, mereka mungkin ada yg lebih bijak dari saya dlm add math spm dulukala. sebab itu golongan2 sperti ini tidak lagi dipanggil Orang Kurang Upaya..TETAPinya Orang Kelainan Upaya. yg kurg upaya itu org yg malas malasan ya. 

jadinya, apa yg perlu dilakukan? sebagai ibubapa dn ahli keluarga, kita perlulah memberikn perhatian yg serius unutk mereka. lakukn perkara yg membolehkn mereke mengalami komunikasi dua hala. ajar dn beri tunjuk ajar. beritahu dn didiklah mereka dgn sabar. jgn biarkn mereka terus terusan berada dlm dunia fantasia mereka dikuatiri mereka tidk mahu langsung bercampur dgn masyarakat. sokongan emosi dn spiritual sgt2 mereka perlukn dari anda.. rawatan2 pakar juga amatlah digalakkan sbgi terapi antarannya rawatan intervensi.pa dia tu? gOOgle laa sendiri.. (jgn malas malasn saja yep.. takut digelar OKU~) lalu, sokongn2 ini dapt membantu mereka dgn banyak sekali dalam menempuhi hari2 seterusny dlm masa depan mereka, insyaAllah.. cerah. jika berusaha.. Allah pasti bantuinnya..



dan satu perkara lagi.. syndrm ini banyak kelihatan pada kanak2 lelaki. klu tak silap 4:2.. lelaki itu 4. dn di malaysia setiap 1000 kanak2 lelaki, seorang dianggarkn mengalami syndrome ini. ia tidak boleh dipulihkn sepenuhnya, tetapi ia boleh dirawat dgn kaedah2 tertentu utk membantu mereka sedikit sebanyk mnjadi lebih baik dn mampu berdikari.



waaah.. baruku sedar, suda panjang lebar ku menghurai.dah macam pakar kanak2. hoho..tapi mmg penah jugk ak teringn nak ambik kos early childhood education mase apply U dulu. tp tak kesampaian sebab tak banyak tmpat yg offer..hoho..alasan.. (alasan dirahsiakan). takpe2, klu ade rezeki saye buat phd pulak dgn kos ni.. manetahukan.. ameeenn..=) klu ade mase, saye terangkn pulak tntg G6PD.. satu lagi penyakit yg menimpa golongan chumel lote ini.. dalam taska saya pun ad seorg pnghidpnya. oh.. tidak.. jgn ingat taska ini tmpt kanak2 istimewa ya.. tapi taska ni memang istimewa.. allah takdirkn mereke msuk sini supaye kite sedar kesempurnaan itu sememangnya perlu dishukuri..

akhir kata, buat ibubapa dan keluarga yg allah anugerahkn manusia istimewa ini.. tabahlah dan cekallah anda dlm mendidik anak ini, jgn dimarahinya membabi buta, menerajang atau melempar cecair2 asid dan puntung2 rokok. sesunggahnya, allah menjadikn mereka sebagai hadiah terhormat kepada anda, kerana pada hari akhrat nnt pasti mereka akn membela ibubapa mereka.. setiap kejadian allah itu mempunyai tujuan dan hikmah yg tersendiri, nampak tidak nampaknya terserah atas keyakinan dn iman dalam hati. yg pasti, allah menjadikn ujian itu sebagai nikmat bagi mereka yg reti menghargai dn bershukur. anak itu adlh tanggungjwb, doa2 dari merekalah yg akn kita tagihi ketika saat dlm kubur nanti.. subhanallah..

maka marilah kita berdoa..

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
(Surah Ali’ Imran: 38)

 “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)

ameeeeen...
wallahua'alam....

shirazy sheikh
domestic engineering
s.a.h.m

new product- order mira

Posted by Unknown

alhamdulillah, akhirnya siap juga product baru ni.. frame yg di order oleh amira aminuddin.. =) sempena dgn hari lahir nadia, maka dia hadiahkn untuk nadia! it's a bit complicated untk buat terutamenye bahagian frame sbb nak kene sumbat2kn kapas dalam row yg kecik...XD penat jugak nak mengunting huruf2 tu... nasib baik besaq2... huhu... so... kpd sesiape yg nak bcadg nak tempah, boleh la tempah. yg ni hargenya RM18.00 shj..(mahal ke?...hihi.... untuk pengetahuan kos barang ni mmg mahal, sy pn xamek untung bnyk sgt... =) )



frame UKHUWAH FILLAH for mira- RM18.00 je =)


keychain mama ni pun mira yg tempah... special for mama mira,... hope u like it..

p/s: gambar ni d snap menggunakan hp sy yang baru...hehe... xde slr pun xpe la......

marhaban ya habibi... ya RAMADHAN el_MUBARAK!....

Posted by Unknown


masyaAllah....
pejam celik...pejam buke... sudah nak masuk bukan yang sgt3 di nanti2kan oleh orang2 yang beriman... ya habibi... bulan ramadhan sudah hampir tiba! alhamdulillah sempat jua sy melangkan kaki menuju ke halaqah usrah dan kemudian ke ta'lim ustaz imran... zup! sekali mendengar segala ceramah yang ditujukan pada malam ni sgt3 bermaanfaat, sy sudah hampir lupa dengan persiapan yg agak penting ini... yalah.. habibi suda mahu mari... =) kenelah siap2kan diri....


tidak mahu masa dibebel2kan lagi... sy ingin berkongsi sedikit apa yang sy perolehi d ta'lim tersebut..... 


lantaran melihat masyarat kita pada zaman sekarang yg rata-ratanya sudah menjadi terbalik... belum masuk Ramadhan pun iklan2 perabot, baju raye dan segala macam pesiapan raya sudah tepampang depan TV.. yang lagi mengujakan.. iklan2 buffe bergaya hebat, hidangan pelbagai menu yang lazat menggetar nafsu makan oleh hotel2 dan restoran2 ternama pun semakin hangat... aduhai... kasihan... itu pulak yg di ambil beratkan... sedangkn benda itu sgt remeh jika mahu difikirkan...
dekat dorm pulak... sy pun xtekecuali menjoin venture bab2 cerite baju raye XD...

dari sudut yang bertentangan, kelihatan segelintir hati2 manusia yang tidak kisah dengan raya... banyak sgt dah raya ni.... jalan raya...hantu raya, kuih raya, balai raya, suraya, kaya raya, raya.....raya...raya.... tapi si Ramadhan itu hanya ada satu saja... dan yg satu itulah yg sgt istimewa sekali...

mari kita refresh kembali segala yang berkaitan dengan Ramadhan al- Mubarak ini... supaya kita tidak menjadi orang yg rugi lantaran tercicir dan terkucil di pertengan jihad di bulan Ramadhan... setahun skali je... tahun ni dapt sambut... tahun depan.. belum tentu kita masih ada dalam dunia Allah ni...

sebelum itu mari kita lihat firman Allah yang menyuruh kita untuk berpuasa di bulan ramadhan ini...

" Wahai orang- orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa" 
Surah Al- Baqarah: 183


Bagaimana ingin cinta... jika tak kenal sama si Dia....

~RAMADHAN AL-MUBARAK~

Rasulullah s.a.w dalam kitab At-TArghib Juz 2/ 217- 218 menyatakan bahawa manusia akan diberikan berkah dalam satu bulan Ramadhan ini. antara lain:

- bulan yg di dalamnya ada satu malam yg lebih baik dari SERIBU BULAN- lailatul qadr

-bulan yg Allah tlh jadikan puasanya satu kewajiban dan solat pada malam harinya suatu tahawwu' (ibadah yg sgt di anjurkan)

-siapa yg mendekatkan dr kpd Allah dgn satu pekerjaan kebaikan di dalamnya, maka ia akan diberi pahala sama seperti menunaikan kewajiban fardhu di bulan yg lain.

-siapa yg menunaikn kewajiban di bulan Ramadhan, maka ia akan diberi pahala sama dgn mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yg lain.

-Ramadhan adlh KESABARAN, sedangkan sabar itu pahalanya SYURGA

-siapa yg pada bulan itu memberikan makanan berbuka puasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa- dosanya, dan ia akan mendapatkan pahala tanpa mengurangi pahala org yg berpuasa tersebut.

-Bulan Ramadhan adlh buln permulaannya adalah RAHMAT, pertengahannya adlah MAGHFIRAH(keampunan) dan di akhirnya PEMBEBASAN DR API NERAKA.

-siapa yg meringankan beban org yg dikuasainya, maka Allah akan mengampunni dosanya dn membebaskan dr api neraka. oleh kerana itu perbanyakkanlah perbuatan yg menyenangkan Allah dan yg sgt diperlukan, yakni memohon ampun pada- Nya.

ermmm.... itu baru sikit... banyak lagi yg sy nak kongsikan...
dsebabkan masa sgt mencemburui... sy ringkaskn saja ya =)

ini adalah perkara2 yg perlu kita TAKE NOTE and DO IT

1- refresh semula perkara2 FIQH AS-SAUM (fiqh berpuasa)
    -perkara yg membatalkan puasa
    -perkara yg membatalkan pahala puasa
    -perkara yg sunat dalam puasa
    -perkara yg makruh ktk berpuasa
    -dan selebihnya

2- buatlah reminder supaye kite tak rase... EH, ESOK NAK PUASE DAH!?!?!

3- list up persediaan untuk Ramadhan
     - amalan2 sunat
     - muhasabah sebelum Ramadhan

4- libatkan diri anda dalam ceramah-ceramah atau kuliyyah yg boleh mempersiapkan kita ke bulan Ramadhan

5- berpuasa sunat untk tidak SHOCK krn lame dah tak berpuase rupanya

6- merasionalkn diri dan emosi untuk berasa GEMBIRA dan TAK SABAR2 habibi nak datang

7- membeli jam locong yg power untk mengejutkan anda QIAM & BANGUN SAHUR

8- ambil kertas dan salin cara2 ini, bace saje nanti lupe punye~

insyaAllah kalau berkesempatan, nanti sy akan kongsikan lagi serba serbi tentang Ramadhan....

risaunya kalau tercicir ni....

semoga kita dapat mempersiapkn diri sebaiknya untuk Ramadhan kali ini.... harap ianya lebih baik dr Ramadhan yg sebelumnya...

SALAM PESTA IBADAH DI RAMADHAN MUBARAK INI!



tempahan lagi.....

Posted by Unknown



ermmm. sudah lama saya tidak mengupdate blog ni..hari2 buke, tp xsempat2 nk tulis ape2... =D kali ni degn serba ringkasnya sy nak tunjukkn kpd anda satu lg design yg sy suda buat dlm mase 2 jam... lamenyee... ini atas pmintaan adik saye.. senarai2 kat tepi tu pun xbersntuh2 lagi.. waktu sgt mencemburui kita lah! jadi kalau anda nak tempah, jgn segan2 ye....


p/s: kpd mai... uit...xnak buat giveaway kawin ko ke... hihi... specel nih...=p

salam keputrian!

Posted by Unknown

jam 5pagi, 2 jun 1991...

dia sesak menahan kesakitannya buat pertama kali, hari ini bakal menjadi sejarah..dan saat yg paling menggembirakan bg sepasang suami isteri yg baru disatukn dalam baitulmuslim, hari ini berkembanglah lagi umatmu ya rasulullah, kau amat bangga melihat umatmu yg ramai.. dan wanita itu berharap, lahirnya manusia itu ini dibumi, akan menjadi seorg yg berguna untuk bangsa dn agama, sudah pasti anak yg soleh yg sentiasa mendoakn kebaikan ibubapanya... ya..sebentar lagi dia akan lahir... beban kesakitan itu tidak dapat dterjemahkn dgn perkataan, tempoh 9 buln 10hari yg pnjang dn amat menyeksakan itu akn berkahir seketika, tetapi dakhiri dgn kesakitan yg amat sgt untuk melahirkan seorg hamba tuhan....

jam 7.30, 2jun 1991...
aku tidak tahu bagaimana mahu menceritakan...kerana waktu itu, tamatlah tempoh aku berada dalam rahim ibu, dn termetrailah perjanjian ku dgn Allah, untuk mentaatinya...melaksanakan suruhannya, meninggalkn segala yg dbencinya...dn lahirny aku.. beban itulah akan ku galas sehingga ke liang lahad...demi mencium syurgaMu nnti..
penderitaan wanita yg baru sahaja bergelar 'IBU' itu baru sahaj berakhir....hilang segala rasa sakit dn siksa yg dialami,kering keringat dseluruh tubuh apabila melihat aku...
dan di saat itu, bermulalah juga tanggungjwb seorang 'AYAH'...
trm kasih ayah dn ibu krn kalian aku disini....=)

alkisahnya...

ni la mase yg ditunggu oleh kawan2 sehidup sedorm semati sy, untk mengerjakan setiap umat yg bernama 'birthday girl'.. perancangn disusun rapi... kemas xnak bagi sy tahu... yeah! tapi.. sy dpt menghidu...bau 'pekena' korang sume...lalu dibuat xtahu saje..yela...nnt kesian plan korang..hehe... XD

alamak...panjg sgt nk cerite...tp ape2 pn...tahniah kepada beberapa perkara..pertame- berjaya bersekongkol dgn mkcik gardkrn lalu memperdayekn manusia ini... kedua-berjaye membuat sy menangis..wlupn dh tahu trick korang... ketiga- krn anda layak bergelar pelakon handalan bila sy ajak teman turun ke bwh..lalu alasan yg pelik2 korg bagi...~

apa2 pn...
trm kasih kawan2 yg telah bersusap payah merancang idea pekena korang dikala malam hari. we are sahabat forever... kenangan2 dr dorm a-3-12 & d-3-5 mmg syok! sememangnya kita dtakdirkan untk bertemu jodoh d tingkat 3.. tiada alasan lgi, ia memang menjadikn kt 'slim' sentiasa.. hihi... pemergian satu2 persatu ahli dorm xakn mencacatkn semangt untk kt terus sama2 untk capai impian masing2..smoga Allah tetap tkdirkn untk kt terus bsame.... sayang kamu semua! p/s-cup cake 2 tak habis2 lg ak makn...nyami2!

satu meseg misteri dterima krn nomborny terlalu pnjg dn dmulakn dgn +2xxxxxxxxxx... alamak.rsny mcm bukn dr malysia... beliau mngucpkn 'salam keputrian' buat saya... sedap.. rupa2ny dialah sahabt sy yg sedang berada nun jauh dmesir...menimba secebis ilmu tuhan dlm medic... dn cita2ny untk membuka sebuah hospital dgn perubatan islamik dn tarbiyyah.. sy rindu kamu! smg allah memakbulkn cita2 murnimu..ameeenn..~

dan..sy sgt menghargai pemberi kad ini...beliau jg berada jauh dr sy..terima kasih sgt3 jg ats kad yg istimewa ini..kerana ianya dbikin dgn segala mcm kepayahan, ianya mmg cantik dgn buatn tgn sndiri... barakallahufik...sy akn simpannya baik,2=)


dan terima kasih jg banyak3 kpd sahabt yg lain yg tdk lupa pd sy... sayang kamu semua!

realitinya...

hari lahir itu sepatutnya bukn menjadi satu hari yg harus dsambut dgn segala macm kegembiraan dn pembazirn sprt yg dlakukn oleh rata2 masyarakat diseluruh dunia. 'happy birthday' sering diungkapkn, namun tidak disisipkn dgn satu kesedaran.. menyambut hari lahir tidak salah untuk kita mengekspresikn rasa keshukuran pd Allah yg telah memberi kita peluang mengumpul pahala d atas bumi...menjadi hambanya yg lebih taat lagi..

apa yg sy perolehi dr hari ini, sy amat gerun setiap kali memikirkannya... merenung bahawa saat itu pasti tiba, setiap kali tiba ulang tahun hari lahir ku ini, sy menjadi semakin gerun... rata2 manusia seronok menyambutnya, tetapi sedarkah kita bahawa kita sedang semakin menghampirinya... ya... kematian... sy selalu membayangkn bagaimanakh diri sy nnt, apakah amalan itu cukup untuk sy dapat mencium syurga Allah...atau kelak diri ini menjerit meraung kerana sakitnya di neraka tuhan... nauzubillah...

sy juga selalu sangkakan,dn fikirkan...
dalam surah al-waqiah tersebut yg banyak golongn yg dapt mengecap nikmat syurga itu adalah dr golongn terdahulu, dn sedikit dr golongn yg terakhir...
sy sedar, diri ini ditakdirkn untk dilahirkn dlm golongan terakhir yg dsebut dlm al-quran. hamba akhir zaman... jika sedikit shaja dr golongn kita... apakah nasib sy nnt? sy melihat, ramai rakyat palestin yg tidak berdosa dibunuh dn ditindas... tetapi sy cemburu..kerana mereka itu mati bukan sia-sia..mereka adalah para shuhada'...yg pasti menghuni syurga... rami lagi yg bergelar syuhada' di ats bumi ini, yg matinya..mati dalam iman dn islam...menjunjung kalimah Allah dalm kehidupannya...

tetapi sy...
layakkah dr yg tidak pernah berjuang dimedan perang seperti mereka, dan apa yang saya lakukan hari ini semestinya tidak mampu menandingi apa yg mereka lakukan.... namun, hati ini tidak pernah berhenti berdoa auntuk dr sendiri dan seluruh umat islam terakhir2 zaman ini agar termasuk jua dalam golongan yg dsebut 'sedikit golongan yg terakhir' ini...

sebelum mengakhiri post istimewa yg suda tergendala sekian lama ini....
sy linkkan anda dengan tulisan seorang sahabat yang menyedarkan sesuatu untuk kita...
=)

http://duacintabersujud.blogspot.com/2010/05/kita-berjalan-menghampiri-mati.html

terkejut sahaja!!!??

Posted by Unknown


Berikut adalah salah satu berita terkini dari web HaluanPALESTIN mengenai saudara seISLAM kita yg berjuang tanpa membawa senjata menuju ke Gaza..untk memberi bantuan kepada saudara2 kita disana..apakah nasib mereka di sana? adakah anda tahu tntg ini? jika tidak tahu...sila ambil tahu jika anda juga mengaku dn bersama ISLAM...

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.

“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.

PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)


jadi... adakah reaksi anda juga terkejut?? jgn jadi seperti mereka.. hanya t
erkejut dn bahkan berpura-pura terkejut... tidakkh ia bagaikan sebuah kepelikan bila amerika si sekutu terkuat israel jahannam itu boleh bereaksi terkejut... mmg sudah menjadi sesuatu yg termaktub dn tidak perlu diberi penjelasan lagi, wlupn sy tidak bynk mengetahui tntg konspirasi2 ciptaan mereka, tp sy harap anda jg tahu, yg kita seharusnya bangun dr tidur,lakukanlah sesuatu biar pn kecil untk menggalas beban dlm pembelaan ISLAM.. jika anda tidak buta..maka anda akan melihat...melihat dgn mata hati.. tp jika anda tidak dpt melihat...maka bersegeralah mencari jalan pulang sebelum hati itu ditutup serapat-rapatnya..nauzubillah..

tolonglah... lakukan sesuatu...
berdoalah...untuk mereka... yg berjuang dlm jalan ini...dn berdoalah... untk semua umat ISLAM... agar bangkit! tidak dipijak2 musuh ALLAH lg.

dunia felting

Posted by Unknown

ibu menjadi punca tragedi ini...mengapa sy boleh terlibat dalam benda tidak berfaedah ini.. penat jari2 yg membrowsing* dan berjalan2 dalam alam maya..sy terjumpa produk yg menarik sedikit perhatian. lalu perhatian itu menjadi tumpuan.. yeah! bidang felting ini menjadi sgt menarik di mata sy. apakah itu felting? hah....cari sendiri.... silap2 anda pn insyaAllah menjadi kipasmatinya!XD

sy pun memberanikan diri untuk menempah barang2ny... nafsuku tidak boleh ditahan lagi!-->tp nafsu ini membawa kpd kebaikan, tak salahkn??=P 1000juta terima kasih kpd Sus n d Felt products dn khAINIza's little shoppe yg menyediakan barang ni untuk dibeli oleh sy...sy bantu kamu...jg membantu sy=) dgn bermodaln RM***.**

seronok jg membuat2 barang2 felting ni... idea2 akn dtg dikala waktu boring, dikala malam hari,kadang dikala bermandisiram2.. kalau anda seorg yg bertarbiyah..boleh juge dimanipulasi untk dakwah! asalkn ade otak yg kreatif yg boleh dgunakan untuk berfikir dn semgt inkuiri yg tinggi... kalau malas....tidak tahu perkataan ap lg yg boleh dklasifikasikn buat sesiapa yg begitu.

yg sy tahu...ia seronok!

ni adlh contoh2 yg anda boleh lihat hny dblog sy..dn blog2 yg terpilih.XD

pelayaran memberi bantuan oleh mereka2 yg sedar ke gaza telah memberi inspirasi pad sy... alamak, kapal sudah tinggalkn sy! lalu sy membuat design bertemakan palestine ini sebagai sokongn sy yg sudah ketinggalan dlm membantu saudara2 kt dsana.. kalau anda mahu design sprti ini,dn banyak2 lg design, bolehlah berhubung sama saya..

p/s: lencana iium pn ada...terbalik tu..hihi.. yg MU tu ats pmintaan adik yg nk jual pade kawanny..nak?

banyak lg yg boleh kt design..macam2 benda pun boleh dibuat..terserah pada kreativiti anda...kalau mahu kongsi2, boleh kongsi sama saya!

belum sampai pn lagi barang2ny...tool box dah ade..wahhh...punye semangat.. kalau tgk sekali padang...mmg macam nk merompak rumah org...xpun nk betulkn tandas... tp bile buke... rupeny alahai......

jom2 lihat ape yg ade!

-kain felt
-benang kalerkali
-gunting
-gam Uhuu
-air erasable pen
-jarum2
-keychain
-hP strap
-cute2 buttons
-paterns
macam2 lagi ade... yg ni baru starting....alhmdulillah...bolehlh nk mule sikit2... jadi..kalau anda berminat nk tempah... boleh contact sy... =) falyatafadhal masykuraa...

gambar2 lg akn d update dr mase ke semase....

happy crafting!

@;--


kerana hatimu begitu beharga..

Posted by Unknown

masih bengang mengingatkan kembali kerenah adik sy pagi tadi yg buat2 tidur masa dikejutkan untk pergi ke sekolah... haisy... budak ni buat hal lagi.. bila cakap xmendngar, lalu ibu naik ke atas memujuknya macam beby,, bila ditanya kenapa xmahu pergi sekolah?? lalu dgn nangis2 dia menjawab..penat...sakit kaki..sakit tu sakit ni... hanya alasan yg dicipta2.. lalu syaitan berbisik dhati.. aku dulu besar mcm die, xngade2 pn nk buat prangai mcm ni...ni la budak zaman sekarang...manja3! senang saje jawapannya, kerana masa itu sy seronok pergi sekolah... sekolahku, shurga ku...yeah! tapi viseversa keadaan adik, yg hatinya tidak hadir untuk berasa sekolah itu adalah sesuatu yg mem'best'kan kehidupan..

teringat lg peristiwa bersama seorg kawan, dia tidak solat, dn tidak ambil kisah dgn kewajipan bersolat.... dia juga seorg islam seperti sy, memakai jilbab,, tp sy lebih hensem drnya...XD namun sgt sayang sekali, beliau mempunyai skill berdebat dlm hal2 agama yg terbaik.. tp kerana hatinya belum punya hidayah... apabila di tanya, mengapa anda tidak solat, sedangkn anda tahu, solat itu wajib..bla...bla..bla..lalu beliau menjawab... buat ape sy solat, kalau hati sy kotor?? sy ni org tak baik...sy jahat, hati sy kotor...

lantas...jawapan apakah yg terlintas dfikiran anda??

pergi ke situasi yg ketiga...

terkenang kembali..peristiwa selepas habis usrah d masjid malam itu, sifu nasser (yg populer d seantero iium itu)telah mengadakan satu conversation tertutup bersempena kelas Comparison Religion...wahh.. apakah dia?? satu sesi soal jawab terhebat yg pernah sy lihat secara live didepan mata, antara kami...MUSLIM...dan PENGANUT AGAMA LAIN... p/s: mereka cukup tidak minat jk kita menggelar mereka sebagai NON-MUSLIM/BUKAN ISLAM kerana.... sama istilahnya jika sy memanggil anda dengan NON-HINDU/NON-CRISTIAN/NON-BUDDHA...xD apakah perasaan anda?

berbalik kpd cerita...

dlm majlis itu terdapat dalam 7 org PENGANUT AGAMA LAIN atau lebih mesra di panggil mereka yg BELUM ISLAM.. ada yg Budhha, kristian, yahudi, dan kristian katolik...
sesi ini sgt menarik sekali kerana kita dapat menyelami apakah sebenarnya yg mereka rasa dengan ISLAM...mngapa tdk ISLAM.. apa itu ISLAM, melayu dn ISLAM? dan mcm 2 lagi...rase mahu dilanjutkan sehigga jam 5 pagi..yeah!lagi menarik kerana pelajar2 yg hadir dpt mencunggkil skill ber'speaking' yg telah lama tertanam...

yg paling menimbulkan ketidakpuashatian sy sehingga ke tahun ini, hari ini, saat ini ialah...salah seorang drpd mereka yg menganut agama kristian, beliau menerangkan pada mulanya dia sgt menghormati ISLAM.. dan sedang mempelajari ISLAM...dr kecil lg beliau sudah berada dlm lingkungan pengaruh org ISLAM melayu...dan sedikit sebanyak telah mengetahui cara hidup org ISLAM. namun apa yg menjadi persoalan??

beliau menyatakan, buat apa sy masuk ISLAM, kalau mase sy solat, sy fikirkn bende lain,<> buat apa sy solat kalau sy menyia-nyiakn apa yg sy buat... tunggang tunggik...tp otak sy fikirkn benda lain... HAH! mahu saja saya bangun dan ingin menerangkn kepadanya tentang apa itu khusyuk! dan khusyuk itu boleh dihadirkan!--> namun hanya mampu berkata2 dlm hati ats sebab2 yg tdk boleh dielakkan~??
bertubi2 dia menjawab rasa hatinya yg kurang puas kalau masuk ISLAM tp xdapat solat dgn khusyuk... ada dalam kalangan pelajr yg cuba menerangkn, namun...HIDAYAH itu belum diizinkan bermukim dalm hatinya...

bila balik..saya cuba fikirkan semula...anda juga...sy cukup tak puas hati....siang malam memikirkannya...makan xkenyang..tidur xlena..mandi tak basah...XD akhirnya...ilham dr Allah itu dtg juga..hurmmmm... disaat beliau meyatakn alasan yg kurg munasabh itu bg saya... ada sesuatu jenis keyakinan yg power dlm hati...sebenarnya,itu bukn alasan sebenar..mngapa dia tidak berminat untk masuk ISLAM..bukn tdk khusyuk dlm solat itu alasan terkuatnya...ada percanggahan rasa hati disitu... bg sy, dia mempunyai alasan lain yg lebih power, yg membuatkn dia tidak mahu bersama ISLAM. mungkin kerana dia seorang cina, ada faktor keluarga di situ..mgkin dia tidak suka perkaitan ISLAM dan melayu..hurmmm...sejak zaman nenek moyang lg...asal ISLAM je melayu...asal melayu je ISLAM.. tp siapa yg sudah melakukan anjakan paradigma.. ISLAM itu adlah cara hidup kita.. tak kisahlah..bangsa apa pun..ISLAM itu tetap sama...cuma yg merosakkan keindahannya...org2 seperti kita..perangai yg entah apa2..-->mcm pantun la pulak..

dan kesimpulnnya...dia kerana minatnya untk ISLAM itu tidak disertai HATINYA..
maka jadilah ia..tetap dlm kesesatannya...kita doakn moga2 ALLAH memberi hidayah pada lelaki itu..=)

kerana hati,, maka rasulullah bersabda tentang niat..kerana niat itu datangnya dr hati...

kerana hati,, tindak balas manusia akn d positifkn atau d negativekn..

kerana hati,, manusia akan dpertanggungjwbkn d hari qiamat..

kerana hati,, anda perlu berhati-hati!

kerana hatimu begitu beharga!