RSS Feed

autism@autisme : ketahuilah sebelum ada beby..

Posted by Unknown

pengalaman ak bekerja setelah sebuln di taska sgt2 membuahkan hasil. oh tidak. bukan hasil gajinya ya. tetapi tentang sesuatu yg takkan sy pelajari kalau tak kerja disini apatah lagi mahu mencari. sedangkan mendengar istilah2 sebegini amat jarang sekali. memang sgt2 memenatkan badan dan tidak ada mase lagi nk berlanding2 slpas solat subuh.. go! pagi2 lagi sudah pergi taska dan pulng bile matahari suda makin tidak nampak lagi.

dlm keadaan keterpaksaan utk menerima hakikat menjadi seorg beby sitter buknlah sstu yg mudah wlupn its sounds very alala.. setiap hari anda perlu berhempas pulas memahami karenah2 budak2 yg menunggang langgangkn kepala dn otak. nak susu.tuka pempers.'mencuci slps budk itu bertelur'.mnjadi heroin menyelamtkn situasi tarik menarik rmbut dn kejadian pukul memukul.. segala2nya memerlukan kekentalan sebuah hati. satu nanti pun kite sume insyaAllah akn merasai benda yg sama. baru tahu kau mcm manelah ibubapa kita dulu.. dengan tambahan perangai kita yg mengADA2..

sekian lama bekerja, ak mdapat tahu bhw majikan ku mempunya seorg anak yg menghidap penyakitautisme. lebih terkejut lagi ak jg menyedari slh seorg dr knk2 itu juga menghidap penyakit yg sama.. oh! baru teringt, ap yg mebuatkn ak utk berkongsi fakta ini adlh disebabkn majalah 3 yg menyiarkn liputan yg sama.. mane takny. sylah yg mnjadi reporternya..hoho..report kpd anda. siapa yg tengok..mmg ak tabik springgg! sebab ak gerenti... korang mst tengok konsert tirai AF9.. kan3? kalau tak diam2 saja.




-yelaa.. sonye apekah die autism itu?: sedikit fakta yg anda perlu tahu.. syndrom autism buknlah satu penyakit yg bole merebak2 seperti kutu dikepala atau bole dijangkiti seperti penyakit malas dn mengantuk. jika anda mahu tahu. syndrom ini adlh smulajadi dn berdiam di dalam diri kanak2 itu sejak dari lahir lagi. tetapi ia bole dikesan setelah kanak2 itu membesar sedikit dn anda lihatlah pada pelakuannya.. pelik2 tak mcm anda? itu amaran bahaya! 

autisme berasal dr berkataan greek 'autos' yg maksudny sendiri. ini adalh kata kuncinya! kanak2 yg mengalami syndrom ini mengalami disorder dlm perkembangn mental- tidk bermaksud gila ya disini. dn ini memberi kesan yg banyak kpd perkembangan komunikasi kanak2 tersebut. ia aldh gangguan psycology trhdp komunikasi, gerak tubuh badan, emosi, sentuhan dn sosialnya. 

you know what.. kanak2 ini akn cenderung utk bersendirian, dn tidak banyak bersosial kecuali dgn org2 yg rapat dgn mereka. mereka lambat dlm proses bercakap, bahkan anda akn dgr merka lbh banyak bunyi atau gerak dari bercakap perkataan yg betul dn boleh difahami. hoh! kebanyakannya pada usia kanak2, mereka akn menjadi sgt nakal dan hyper active, memang2! susah banget i mahu jage kanak2 tersebut. pengasuh2 lain pun kadang2 fed up jugak. paling degil diumpamakan hagemaru... ya ampun...





namun, masalah akn mulai timbul apabila kank2 ini meningkat dan membesar menjadi dewasa. jika tidak diberikn rawatan dn terapi dari pakar2 mahupun perhatian dr ibubapa sendiri, mereka akn terus berada dlm alam sendiri, bermain dn terus berlegar2 dlm dunia mereka tnpa hirau dgn kehidupan manusia lain. 

ape2pun, syndrome ini bukanlah menjadikn penghidap itu spastik, mereka tetap normal sperti manusia biasa, tiada wajah2 yg pelik dn abdomen2 yg kurang. kebolehan mereka juga tidak boleh dinafikan dlm pelbagai perkara namun jika ia sgt2 diberi didikan dn bimbingn dr org2 tersayang. bahkan, mereka mungkin ada yg lebih bijak dari saya dlm add math spm dulukala. sebab itu golongan2 sperti ini tidak lagi dipanggil Orang Kurang Upaya..TETAPinya Orang Kelainan Upaya. yg kurg upaya itu org yg malas malasan ya. 

jadinya, apa yg perlu dilakukan? sebagai ibubapa dn ahli keluarga, kita perlulah memberikn perhatian yg serius unutk mereka. lakukn perkara yg membolehkn mereke mengalami komunikasi dua hala. ajar dn beri tunjuk ajar. beritahu dn didiklah mereka dgn sabar. jgn biarkn mereka terus terusan berada dlm dunia fantasia mereka dikuatiri mereka tidk mahu langsung bercampur dgn masyarakat. sokongan emosi dn spiritual sgt2 mereka perlukn dari anda.. rawatan2 pakar juga amatlah digalakkan sbgi terapi antarannya rawatan intervensi.pa dia tu? gOOgle laa sendiri.. (jgn malas malasn saja yep.. takut digelar OKU~) lalu, sokongn2 ini dapt membantu mereka dgn banyak sekali dalam menempuhi hari2 seterusny dlm masa depan mereka, insyaAllah.. cerah. jika berusaha.. Allah pasti bantuinnya..



dan satu perkara lagi.. syndrm ini banyak kelihatan pada kanak2 lelaki. klu tak silap 4:2.. lelaki itu 4. dn di malaysia setiap 1000 kanak2 lelaki, seorang dianggarkn mengalami syndrome ini. ia tidak boleh dipulihkn sepenuhnya, tetapi ia boleh dirawat dgn kaedah2 tertentu utk membantu mereka sedikit sebanyk mnjadi lebih baik dn mampu berdikari.



waaah.. baruku sedar, suda panjang lebar ku menghurai.dah macam pakar kanak2. hoho..tapi mmg penah jugk ak teringn nak ambik kos early childhood education mase apply U dulu. tp tak kesampaian sebab tak banyak tmpat yg offer..hoho..alasan.. (alasan dirahsiakan). takpe2, klu ade rezeki saye buat phd pulak dgn kos ni.. manetahukan.. ameeenn..=) klu ade mase, saye terangkn pulak tntg G6PD.. satu lagi penyakit yg menimpa golongan chumel lote ini.. dalam taska saya pun ad seorg pnghidpnya. oh.. tidak.. jgn ingat taska ini tmpt kanak2 istimewa ya.. tapi taska ni memang istimewa.. allah takdirkn mereke msuk sini supaye kite sedar kesempurnaan itu sememangnya perlu dishukuri..

akhir kata, buat ibubapa dan keluarga yg allah anugerahkn manusia istimewa ini.. tabahlah dan cekallah anda dlm mendidik anak ini, jgn dimarahinya membabi buta, menerajang atau melempar cecair2 asid dan puntung2 rokok. sesunggahnya, allah menjadikn mereka sebagai hadiah terhormat kepada anda, kerana pada hari akhrat nnt pasti mereka akn membela ibubapa mereka.. setiap kejadian allah itu mempunyai tujuan dan hikmah yg tersendiri, nampak tidak nampaknya terserah atas keyakinan dn iman dalam hati. yg pasti, allah menjadikn ujian itu sebagai nikmat bagi mereka yg reti menghargai dn bershukur. anak itu adlh tanggungjwb, doa2 dari merekalah yg akn kita tagihi ketika saat dlm kubur nanti.. subhanallah..

maka marilah kita berdoa..

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
(Surah Ali’ Imran: 38)

 “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)

ameeeeen...
wallahua'alam....

shirazy sheikh
domestic engineering
s.a.h.m

0 comments:

Post a Comment